[Video] Enam tahanan reman mengaku tidak salah larikan diri - ulekmayang.com

JEMPOL: Enam banduan tahanan reman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, hari ini atas pertuduhan melarikan diri daripada tahanan sah mengikut undang-undang, minggu lepas.

Tertuduh, Sohaimi Khalid, 50; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminudin Khan Mohd Yusof, 28; Mohd Zairizan Zainal, 42; Shazuan Md Sharif, 32 dan warga negara Indonesia, Zainuddin, 62, bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas didapati dengan sengaja mengambil peluang melarikan diri daripada tahanan yang sah mengikut undang-undang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia pada 10 April lalu jam lebih kurang 2 petang.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Hidayat kemudian menetapkan 12 Mei bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox