[Video] Kanak-kanak jatuh sungai: Permainan bermotor di Kinta River Walk dihentikan sementara - ulekmayang.com

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi permainan bermotor di Amusement Park, Kinta Riverwalk di sini bagi menjalankan siasatan susulan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai, malam tadi.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata kini siasatan sedang dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kanak-kanak itu yang berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas ibu bapanya dan bantuan orang ramai.

“Pihak MBI mengeluarkan arahan penutupan operasi permainan kanak-kanak itu mulai hari ini bagi menjalankan siasatan berkaitan isu kereta mainan bermotor kanak-kanak di Kinta Riverwalk itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata MBI melantik syarikat berkaitan bagi menjalankan aktiviti permainan kanak-kanak di Kinta Riverwalk itu mulai 1 Januari tahun ini dengan menetapkan garis panduan keselamatan untuk beroperasi.

Semalam, tular video berdurasi 29 saat menunjukkan kenderaan mainan dinaiki seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai, sebelum diselamatkan oleh ibu bapa mangsa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian daripada dihanyutkan arus sungai.

Turut kelihatan dalam video itu, kehadiran ambulans yang memberikan rawatan kepada mangsa dan mereka yang cedera.

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox