[Video] Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran 11 rumah - ulekmayang.com

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di Kampung Sabah Baru, di Jalan Nipah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia dua tahun ditemui selepas api berjaya dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu oleh enam anggota daripada BBP Kunak bersama dua jentera dan agensi lain.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sekurang-kurangnya 11 rumah sudah musnah terbakar dan operasi pemadaman terus dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba juga terpaksa memecahkan empat lagi rumah berhampiran bagi menyekat api daripada terus merebak.

“Pasukan bomba juga berdepan kesukaran memasuki kawasan kebakaran disebabkan jambatan yang terlalu sempit dan usang,” katanya.

Sementara itu, Sumsoa berkata, mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui itu dipercayai berada di rumah pertama yang terbakar.

“Mayat kanak-kanak terbabit sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu dan kes diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca kejadian dan jumlah kerugian dalam insiden kali ini.

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox