1,000,000FansLike

[VIDEO] Mayat wanita ditemui dalam sungai Semantan

Balai Bomba Temerloh telah menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan seorang mayat wanita berbangsa India di Sungai Semantan, Kampung Raja Songsang berhampiran Gobang Maju malam ini (11/07/2022).

Sepasukan Bomba yang dianggotai seramai 6 orang bergegas ke lokasi bagi memulakan operasi mengambil mayat terbabit bagi membantu pihak Polis.

Menurut Ketua Balai Bomba Temerloh PPgB SYED MOSHEN BIN T.ISMAIL, mayat terbabit ditemui tersangkut di sangkar ikan milik penduduk kampung berdekatan dan operasi bersama pihak Polis telah dijalankan untuk menaikkan mangsa tersebut ke atas.

Pasukan penyelamat bertindak menarik mayat mangsa menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak Polis.

 

Related Stories