1,000,000FansLike

[VIDEO] Seorang wanita maut, 3 cedera dalam kemalangan di felda keratong 2

Sepasukan Bomba dari Balai Bomba Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Toyota Vios dan Lori Treler yang bertembung di Simpang Keratong 2 – Perkarangan Felda Keratong 2 lewat petang ini (11/7/2022).

Kemalangan tesebut mengakibatkan seorang wanita telah dilaporkan terkorban manakala 3 lagi lelaki dewasa mengalami kecederaan. Manakala seorang lelaki yang juga merupakan pemandu lori selamat.

Komander Operasi PBKII SHAMSUL AMRI BIN IBRAHIM melaporkan mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM yang hadir di lokasi manakala mangsa yang maut diserahkan kepada Polis untuk tindakan lanjut.

 

Related Stories