[Video] Tak puas hati harga nasi goreng, pelanggan dan pekerja restoran bergaduh - ulekmayang.com

Satu pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Jempol, Negeri Sembilan semalam dipercayai berpunca daripada tindakan juruwang meninggikan suara kepada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga makanan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku selepas juruwang restoran itu meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur sebanyak RM6.

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang tersebut sehingga terkena barang-barang di atas kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata, seorang pekerja di restoran itu kemudiannya menumbuk anak lelaki wanita itu sebelum dileraikan pekerja lain dan pelanggan di premis berkenaan.

Katanya, satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menafikan polis campur tangan dalam menyelesaikan kes itu “secara tak rasmi”, sebaliknya pihaknya mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Restoran itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia tidak berfungsi,” katanya selainsupaya menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi di media sosial yang boleh mengganggu siasatan dan ketenteraman awam.

 

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox