[Video] Tiga rumah rosak akibat letupan di Taman Cenderawasih - ulekmayang.com

NIBONG TEBAL – Tiga buah rumah rosak selepas berlaku letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas dalam kejadian di Taman Cenderawasih, di sini pada malam Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.57 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebahagian dinding rumah yang terlibat runtuh berikutan letupan yang berpunca dari sebuah rumah di taman terbabit.

Beliau berkata, tiga buah rumah yang masing-masing berkeluasan kira-kira 74 meter persegi mengalami kesan kemusnahan pada beberapa bahagian.

“Kesan itu seakan terkena bahan letupan di bahagian bumbung dan struktur dinding rumah yang berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas memasak.

“Peratusan kemusnahan pada rumah yang terlibat dianggarkan kira-kira 10 peratus dan 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sekurang-kurangnya lima penghuni dilaporkan mengalami kecederaan termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun berada dalam keadaan kritikal akibat kejadian itu.

“Mereka yang cedera kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,”katanya.

Berkaitan

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021

spot_img
spot_img

PENAMAAN CALON: 6 DIS 2021
PENGUNDIAN AWAL: 14 DIS 2021
PENGUNDIAN: 18 DIS 2021

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay on op - Ge the daily news in your inbox